Khamis, 3 Julai 2014

Ramadan

Bulan ramadan adalah bulan pendidikan (Syahru at - Tarbiyah), kerana pada bulan ini orang-orang beriman dididik untuk berlaku displin dengan aturan-aturan Allah SWT. Secara fizikalnya Allah SWT mendidik hamba-Nya supaya berdisiplin dalam mengatur pola makanan. Secara psikologi, Allah SWT mendidik hamba-Nya sabar, jujur, menahan amarah, serta sifat-sifat luhur yang lain. Secara fikrah, Allah SWT mendidik agar orang-orang beriman sentiasa bertafakur dan mengambil pengajaran-pengajaran yang bermakna dalam kehidupanya.

Ramadan juga adalah bulan perjuangan (Syahrul al-Jihad), kerana untuk berjaya menjalani ibadat puasa Ramadan amat diperlukan perjuangan yang jitu. Allah SWT hendak mendidik bahawa untuk berjaya dalam kehidupan turut diperlukan perjuangan, iaitu mengendalikan hawa nafsu agar tunduk dan patuh dengan ketentuan Allah SWT dan Rasul-Nya.

Berikut adalah beberapa koleksi buku yang terdapat di Perpustakaan Digital Tasek Gelugor mengenai Ramadan:

TQ:)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan