Ahad, 25 Mei 2014

Aktiviti mingguan

Aktiviti mingguan 24 May 2014 

Mewarna ..........Alam sekitar


Aktiviti mingguan  25 May 2014

Haiwan peliharaan ku.....Ayam 







Rabu, 21 Mei 2014

Perasmian Perpustakaan Digital Tasek Gelugor

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Untuk makluman kepada semua pengguna perpustakaan :



Sempena Majlis Perasmian Perpustakaan Digital Tasek Gelugor yang akan diadakan pada 2 JUN 2014, pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang akan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk disertai :

1.Pertandingan Gubahan Pulut Kuning Terbuka
2.Pertandingan Mewarna 3 kategori
(5-6 tahun,7-9 tahun dan 10-12 tahun)
3.Pertandingan OKU
4.Pertandingan sepak raga bulat
5.Pertandingan esei sekolah menengah


Pelbagai hadiah menarik menanti para pemenang

Pertandingan ini adalah PERCUMA kepada semua pengguna perpustakaan.


Jumaat, 16 Mei 2014

Resipi masakan...

Salam sejahtera semua...Cuti hujung minggu ni mesti para ibu tertya-taya tentang juadah apa yang hendak disajikan kepada keluarga ....Maklumlah masa cuti ini sahaja untuk kita beriadah bersama insan tersayang.
Bagi yang masih tidak mempunyai idea tentang cadangan memasak untuk keluarga, bolehlah anda membuat pinjaman buku di perpustakaan sebagai rujukan anda..... ;)

Resipi dari Chef Iskandar...

SAMBAL HIJAU IKAN PARI BONDA

Dari buku : 70 menu 70 rasa

SAGU WARNA SOS VANILA

Dari buku : 70 menu 70 rasa

Koleksi buku PPTG ...Call no. 641.---

Khamis, 15 Mei 2014

Selamat Hari Guru......Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi


Selamat hari guru diucapkan kepada semua guru-guru di Malaysia...
Segala jasa anda tidak dapat dilupakan....


Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi

Rabu, 14 Mei 2014

Sabtu, 10 Mei 2014

Herba...

Manusia menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai punca makanan dan perubatan semenjak zaman dahulu lagi. Segala pengalaman dan pengetahuan diturunkan melalui mulut ke mulut dan di warisi turun temurun. Namun begitu, apabila dunia semakin moden manusia mencari penemuan baru. Kini, setelah puas disogok pelbagai bahan tiruan, manusia kembali kepada asal iaitu alam semulajadi.

Perubatan tradisional berkait rapat dengan sejarah sosio budaya manusia. Setiap masyarakat di dunia ada sejarah perubatan asli tersendiri. Di Malaysia, perubatan tradisional terbahagi tiga iaitu Melayu/Orang Asli, Cina dan India. Perubatan Cina berasaskan Confucius, India Ayurveda manakala Melayu campuran budaya Hindu, Arab dan Orang Asli. Walaubagaimanapun, semuanya ada ciri sepunya iaitu bahan mentahnya berasal dari tumbuhan.

Bahagian tumbuhan yang lazim digunakan ialah akar, batang, daun, ranting, buah dan juga keseluruhan pokok. Lazimnya ia berbentuk kasar seperti akar kayu yang dikeringkan atau bentuk segar yang direbus dan diminum airnya. Hanya segelintir diproses, seperti jamu, makjun dan minyak urut/urat.


Contoh Herba :


Serai


Pokok ini lazim ditanam untuk kegunaan masakan. Selain penambah perisa, ia mampu menaikkan aroma masakan. Dipercayai daunnya yang ditumbuk lumat apabila dipupuk pada dahi mampu meredakan sakit dan ketegangan kepala. Malah bisa-bisa badan atau sengal sendi-sendi mampu diubati melalui cara itu. Air perahan serai berkesan mengalak gigitan nyamuk apabila disapu pada kulit. Mereka yang tidak lawas membuang air kecil boleh minum air rebusan daun dan akar serai. Malah ia mencegah perut daripada kembung. Pati akarnya boleh digunakan sebagai pewangi untuk syampu rambut serta mewangikan pakaian.



Asam Gelugur


Sejenis pokok yang ditanam bagi mendapatkan buahnya. Rasa buah asam gelugur yang masam menjadikannya antara bahan penting untuk memasak. Asam gelugur juga diguna untuk menyembuhkan kesan demam selsema. Dalam kajian terbaru dunia perubatan, pengkaji mengenal pasti dan mengasingkan bahan kimia yang dihasilkan daripada asam gelugur untuk diguna dalam penghasilan ubat antitekanan darah tinggi.



Dukung Anak


Pokok yang tumbuh di tepi-tepi jalan dan serata tempat lapang ini banyak khasiat dan rahsia. Air dan rebusan pokok ini diminum, mampu mengubati penyakit cirit-birit. Malah kajian sains membuktikan ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Perahan air daripada pokok ini juga dikatakan mujarab mengubati kudis dan luka. Bagi mengelakkan anak kecil dijangkiti penyakit demam kuning (jaundice), ambil secekak pokok ini dan masak dengan sedikit susu kambing. Pokok Dukung Anak juga sering direbus bersama tebu hitam, pegaga dan gula batu untuk dijadikan ubat penawar sakit dada mereka yang menghidap sakit batuk berdarah.

Koleksi buku di PPTG...Call. no. 615.321

Berikut adalah sebahagian koleksi buku di Perpustakaan Digital Tasek Gelugor. Bagi anda yang sedang mencari buku berkenaan herba ini bolehlah datang ke Perpustakaan yang berdekatan dengan tempat anda....



Senyum..


Cara mudah supaya orang tertarik dan suka melihat kita ialah dengan SENYUMAN. Senyum memberikan daya tarikan yang cukup hebat. Senyum mampu menawan setiap hati yang memandang. Biasanya apabila kita senyum pada orang, orang akan senyum kembali kepada kita. Seseorang akan rasa dihargai apabila kita senyum kepadanya, sekaligus akan memberikan tanggapan baik pada kita.


Khamis, 8 Mei 2014

Bunga Kertas Seakan Bunga Sakura

Bunga Kertas Seakan Bunga Sakura



Dalam usaha untuk menjaga alam sekitar dan menyahut kempen kurangkan barangan plastik pasti ini adalah antara cara yg bagus dan kreatif untuk kita. Mudah, cepat dan jimat tanpa perlu menggunakan bahan2 yg merbahaya kepada alam sekitar. Membuat bunga daripada kertas sungguh cantik dan juga menarik, sekali sekala boleh menceriakan dalam perpustakaan anda.

Mudah sahaja langkah yg tak sampai berapa minit.


1) Potong kertas segi empat ke dalam peti 5-inci. Lipat persegi di setengah, kemudian lipat menjadi dua lagi. Buka persegi, dan lipatan menyerong, arah membalikkan lipatan, ulangi untuk membuat lipatan menyerong lain.
2) Lipat persegi kembali di sepanjang lipatan asli. Trace petal template ke persegi.
3) Potong di sepanjang tepi terbuka. Snip off sedikit kecil hujung runcing; terungkap bunga.
4) Dengan tinta penghapus pensil yang tidak terpakai dan hijau, cap tanda kecil pada indentasi pada setiap petal. 
5) Gunakan setem Starburst-gaya untuk menandakan pusat. Potong daun dari stok kad hijau. Secure bunga dan daun untuk cabang dengan lem kerajinan jelas



‘Ibu Di Hati, Syurga Menanti’

  
' Ibu Di Hati, Syurga Menanti '

Ibu, kau telah melihat aku tertawa..
Kau juga pernah melihat aku menangis..
Dan kau selalu ada disana bersamaku..
Aku mungkin tidak selalu mengatakan hal ini..
Tapi terima kasih untuk segalanya dan aku mencintaimu..
"Selamat Hari Ibu".

Bahan baru....

Salam sejahtera semua....Hari ini nak kongsi beberapa koleksi baru yang telah tiba di Perpustakaan Digital Tasek Gelugor....Nak pinjam..Jom ke Perpustakaan....
koleksi fiksyen dewasa

pinjaman dewasa

pinjaman kanak-kanak

Rabu, 7 Mei 2014

Pertandingan Rekacipta Aplikasi Permainan Komputer


Pertandingan Rekacipta Aplikasi Permainan PPAPP 2014 ini adalah satu program anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang untuk memupuk, menggalak kreativiti dan inovasi masyarakat di Pulau Pinang.

Sabtu, 3 Mei 2014

koleksi buku sulaman manik...


Bagi yang sedang mencari buku sulaman manik bolehlah datang ke perpustakan..ini adalah sebahagian koleksi buku yang terdapat di Perpustakaan Digital Tasek Gelugor...hanya RM2 (bayaran yuran tahunan bagi kategori dewasa) anda boleh meminjam buku ini...