Khamis, 24 April 2014

Jom Baca Bersama 10 minit


Program ini adalah sebagai sebahagian usaha bagi memupuk minat membaca. Konsepnya adalah sama seperti sambutan Earth Hour di mana dalam program ini, semua lapisan masyarakat tanpa mengira apa jua pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan akan bersama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Sasaran pembaca pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada kanak-kanak, pelajar sekolah, IPTA dan IPTS, kakitangan awam dan semua agensi kerajaan, badan-badan korporat dan GLC, kakitangan swasta, persatuan dan NGO, pengguna-pengguna perpustakaan, individu atau orang perseorangan sama ada di pusat membeli belah, bank, pengusaha teksi, hospital, usahawan dan lain-lain

Program ini telah dijalankan secara serentak di seluruh negeri di lokasi masing-masing manakala majlis perasmian telah diadakan di Perpustakaan Negeri di Seberang Jaya pada 22 April 2014 (Selasa) jam 10.00 pagi sehingga 10.10 pagi sempena Hari Buku Sedunia.

Berikut adalah sebahagian gambar peserta dari Perpustakaan Digital Tasek Gelugor...







(gambar diambil sekitar 18-20 April 2014)
PPTG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan