Buah delima kurangkan lemak
Menurut kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik di Universiti of Edinburgh, buah delima mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekitar perut. Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan. Ini akan mengurangkan peluang tubuh untuk mengumpul lemak dan meningkatkan metabolisme. Bahan yang terkandung di dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sisem dan mengurankan masalah kembung.
( Majalah Rapi : 1 Disember 2014 )
Khasiat Buah delima untuk kesihatan
- Buah delima mengandungi antioksidan Kajian
menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua
atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti
antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry
serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi
Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat
merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan
pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
- Buah delima dapat Melindungi jantung kita
kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan jus
delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti
serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak
yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat
meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of
Cardiology menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima
setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke
jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
- Buah delima dapat Menurunkan kadar kolesterol dalam
darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition,
antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL
(kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan
meningkatkan HDL (kolesterol baik).
- Buah delima dapat Mencegah dan mengubati kanser ,
Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis
kanser: Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan
dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah
pembentukan sel kanser payudara.
– Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
–
buah delima membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser
prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki yang telah
menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g jus delima setiap
hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser
prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi
hormon.
- Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer.
Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit
Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang
lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik
- Buah
delima Sumber nutrisi Sebiji buah delima memiliki sekitar 40 %
vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi
folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
- sumber
asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi
kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit
semula jadi.
- Kandungan
gula Buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk
menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar
dan muda selalu.
- Lagi
satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat
caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang
kulitnyer ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer
kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya
menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan
ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan
sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
- Buah
delima Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam
Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama
kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
- Jus
buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang
mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana
ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah
kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang
belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
- Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Tip memilih buah delima
- Ketika
membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih
tampa cela wah memang segar betulla dan kulit tak merekah-rekah. Buah
Delima boleh tahan selam a 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais…lamaka
- Untuk
makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnyer dan hiris kulitnya
dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti
mengutil isi buahnya ke dalam mangkuk.dan nikmatinyer keenakannyer…..
Fakta mengenai Buah delima
- Delima
atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun
luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.
- Berasal
dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan
Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.
- Turut
ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan,
Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di
Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan
tropika di Afrika.
- Delima
dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol
pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan
Arizona untuk pengeluaran jus.
- Di
Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September
sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima
bermula dari Mac sehingga Mei.
- Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.
- Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
- Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.